Tergempar: A.S Menambah 1.8 Juta Pekerajaan Dalam Ekonomi! Pakar Ekonomi Masih Gusar?

781

Ekonomi A.S dilaporkan telah menambah 1.8 juta pekerjaan pada bulan Julai dan ini secara tidak langsung menyebabkan kadar pengangguran jatuh untuk bulan ketiga secara berturut-turut. Hal ini menunjukkan ekonomi telah mula pulih dari kemelesetan. Bacaan ini juga mengatasi ramalan para pakar yang mensasarkan hanya penambahan 1.6 juta pekerjaan.

Kadar pengangguran jatuh kepada paras bacaan 10.2%. Penambahan pekerjaan tersebut merupakan suatu angka yang besar namun terdapat tanda-tanda bahawa pemulihan pasaran buruh semakin semakin berkurangan. Pada bulan Jun, ekonomi A.S telah menambah sebanyak 4.8 juta pekerjaan.

Pada bulan Julai, dapat disaksikan terdapat peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan segelintir majikan mula memberhentikan pekerja.

Penambahan pengambilan pekerjaan pada bulan Julai didorong oleh pengambilan pekerja di sektor-sektor yang terkesan Covid-19 seperti sektor perhotelan dan perkhidmatan makanan. Setakat ini lebih 30 juta orang telah menerima bantuan insuran pengangguran.

Disisi lain, bacaan ADP menunjukkan penururan ketara dalam pengambilan pekerja pada bulan Julai. Para ahli ekonomi sedikit berhati-hati untuk menafsirkan data-data ekonomi berikutan tanda-tanda ekonomi yang lebih membimbangkan telah muncul sejak akhir-akhir ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat