Tergempar! BlackRock Tambah Goldman Sachs & Perbankan Lain Sebagai…

796

“Sebelum ni benci kripto, takkan sekarang baru terbuka hati pula?”

Tanpa disedari, BlackRock menambah lima authorized participants (AP)* tambahan pada iShares Bitcoin Trust (IBIT) yang menjadikan jumlah keseluruhannya sembilan disebabkan dana tersebut terus menarik berbilion dolar Amerika Syarikat (AS) daripada para pelabur.

*Organisasi yang mempunyai hak untuk mencipta dan menebus saham ETF.

AP baharu itu termasuk gergasi perbankan Wall Street seperti Goldman Sachs, Citadel Securities, Citigroup, UBS dan ABN AMRO, di mana mereka menyertai Jane Street Capital, JP Morgan, Masquarie serta Virtu Americas.

Dilaporkan pada Januari 2024, Goldman Sachs bukan sahaja berusaha sedaya upaya memainkan peranan penting untuk spot Bitcoin (BTC) ETF malah sedang berada dalam proses perbincangan bersama penerbit berhubung menjadi AP.

Umum mengetahui AP adalah bahagian penting dalam proses ETF susulan membantu mewujudkan liquidity melalui penukaran bekalan saham apabila terdapat kekurangan atau lebihan.

ETF besar biasanya memiliki berpuluh-puluh AP, buktinya dalam masa kurang daripada tiga bulan kewujudan, IBIT berjaya menjadi agak besar ekoran mempunyai hampir $18 bilion dalam aset di bawah pengurusan setakat penutup semalam.

Perlu diketahui juga penyertaan Goldman Sachs amat mengejutkan susulan ketua pegawai pelaburan pengurusan kekayaannya pada minggu ini berkata kripto tiada nilai dan tidak merasakan tekanan untuk ambil bahagian dalam ruang aset digital.

Bukan itu sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JPMorgan Jamie Dimon juga secara terbuka menyerang kripto selama bertahun tahun, tetapi akhirnya menjadi salah satu AP untuk IBIT BlackRock apabila dana itu dilancarkan pada Januari 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat