Tergempar! Facebook Meta Umum Bakal Berhentikan Lebih 11,000 Pekerja!

949

Syarikat induk Facebook Meta pada hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memecat lebih daripada 11,000 pekerja, dalam rangka untuk mengurangkan kos berikutan jumlah pendapatan yang mengecewakan dan penurunan dalam hasil. Pengurangan pekerjaan yang meluas ini berlaku seiring dengan keputusan syarikat gergasi lain seperti Twitter dan Microsoft

Ketua Pegawai Eksekutif Meta,Mark Zuckerberg mengeluarkan kenyataaan bahawa, “Pada hari ini saya ingin berkongsi beberapa perubahan paling sukar yang kami bakal lakukan dalam sejarah Meta. Saya telah memutuskan untuk mengurangkan saiz pasukan kami sebanyak kira-kira 13% dengan memberhentikan lebih daripada 11,000 pekerja yang berbakat”.

Lanjut Zuckerberg,”Kami juga mengambil beberapa langkah tambahan untuk menjadikan syarikat yang lebih lancar dan cekap engan mengurangkan perbelanjaan dan melanjutkan pembekuan pengambilan pekerja kami sehingga suku pertama”.

Mengambil tanggungjawab atas keputusan itu, Mark Zuckerberg telah membuat permohonan maaf kepada pekerja Meta.”Saya mahu mengambil tanggungjawab untuk keputusan ini. Saya tahu ini sukar untuk semua orang, dan saya amat memohon maaf kepada mereka yang terjejas,” katanya.

Sebagai pampasan, para pekerja yang dibuang akan menerima 16 minggu gaji asas bersama dua minggu tambahan untuk setiap tahun perkhidmatan. Pekerja turut akan mendapat kos penjagaan kesihatan selama enam bulan, kata syarikat itu. Pengurangan itu, sebahagian daripada pemotongan belanjawan utama pertama sejak penubuhan Facebook pada 2004, mencerminkan kelembapan mendadak dalam hasil pengiklanan digital, ekonomi yang goyah di ambang kemelesetan dan pelaburan besar Mark Zuckerberg dalam realiti maya – metaverse.

Mark Zuckerberg menekankan tentang keperluan untuk menjadi lebih cekap dalam pengurusan modal dan berkata syarikat itu akan mengalihkan sumber kepada cabang-cabang yang lebih utama seperti pengiklanan, enjin penemuan AI dan platform perniagaannya, serta projek metaversenya.

Pengurangan pekerjaan Meta mengikuti pengurangan pekerjaan dari syarikat Twitter pada minggu lalu, yang menyaksikan syarikat itu pengurangan kira-kira 50% tenaga kerjanya berikutan penjualannya kepada Elon Musk. Musk berpandangan bahawa langkah itu perlu untuk membendung kerugian di rangkaian sosial.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat