Tergempar! Pembayaran Mudah Alih Venmo Benarkan Transaksi Kripto!

1,947

Venmo yang merupakan pembayaran mudah alih perkhidmatan yang dimiliki oleh PayPal mengumumkan secara rasmi yang membolehkan penggunanya membeli, menyimpan dan menjual aset kripto dalam aplikasi mudah alih mereka.

Syarikat itu dalam satu pengumuman mengatakan bahawa perkhidmatan yang disebut “Crypto on Venmo” mula dilancarkan pada hari Selasa dan akan tersedia untuk 70 juta pelanggannya secara langsung di aplikasi Venmo dalam beberapa minggu ke depan.

Sama seperti PayPal, penawaran perkhidmatan kripto di Venmo adalah hasil kerjsama dengan Paxos dimana ia akan memudahkan transaksi dengan menggunakan kripto berikut iaitu BTC,ETH, LTC dan BCH. Setakat ini hanya 4 jenis kripto yang disokong dalam aplikasi Venmo.

Langkah itu mengikuti laporan tahun lalu bahawa penawaran kripto yang dimulakan dengan PayPal terlebih dahulu dan Venmo dijadualkan akan mengikut jejak langkah Paypal bermula tahun 2021. Dalam membenarkan perkhidmatan kripto dapat berlaku, PayPal telah memperoleh lesen bersyarat dari New York Department of Financial Services.

Disisi lain, Venmo menyatakan bahawa beradasarkan kajian tingkah laku pelanggan 2020, lebih 30% pelanggan mereka telah mula membeli kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat