Tergempar! Tesla Melabur $1.5 Billion Dalam Bitcoin!

3,447

Laporan terkini yang dikeluarkan melaporkan bahawa Tesla Inc. melaburkan $ 1.5 bilion dalam Bitcoin dan memberi ‘hint’ bahawa syarikat mereka akan mula menerima matawang kripto sebagai salah satu bentuk pembayaran. Langkah yang diambil oleh Tesla ini telah mendorong harga Bitcoin naik ke paras rekod baru.

Tesla yang merupakan pengeluar kereta elektrik terkemuka itu dalam salah satu kenyataan pada hari Isnin mengumumkan untuk mengorak langkah terjun ke dalam pasaran kripto. Setelah membuat membuat pengemas kinian dalam polisi pelaburan mereka, Tesla Inc ambil keputusan untuk melabur $1.5 Bilion dalam Bitcoin.

Menurut Tesla dalam fail sekuriti mereka, “kami menjangkakan akan mula menerima Bitcoin sebagai bentuk pembayaran untuk produk kami dalam waktu terdekat ini dan tertakluk kepada undang-undang”.

Harga Bitcoin meningkat sebanyak 13% ke paras tertinggi sepanjang masa pada $ 43,725.51 susulan daripada laporan tersebut.

Patutlah sejak akhir-akhir ini Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk sering menulis tweet mengenai topik yang berkaitan kripto dan Bitcoin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat