Tergempar The Fed Umumkan Pemotongan Kadar Faedah Bagi Atasi Koronavirus!

898

Rizab Persekutuan (The Fed) baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk membuat penurunan kecemasan dalam kadar faedah utama bagi melindungi ekonomi daripada pengembangan risiko “evolving risks” berikutan penularan wabak koronavirus.

Menurut the Fed dalam kenyataan mereka di laman sesawang, “asas ekonomi A.S masih tetap kukuh. Walaubagaimanapun kerana kekhuatiran bahawa wabak koronavirus ini akan menimbulkan risiko yang semakin tinggi terhadap aktiviti ekonomi, pihak the Fed telah mengambil keputusan drastik ini”.

Lanjut mereka, dengan mengambil kira risiko-risiko ini dan mencapai matlamat ekonomi iaitu kadar tenaga penuh dan kestabilan harga, FOMC memutuskan pada hari ini untuk menurun kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

The Fed kini sedang memantau dengan teliti perkembangan dan implikasi wabak koronavirus terhadap prospek ekonomi dan akan menggunakan alat yang sesuai untuk menyokong ekonomi.

Ini merupakan pertama kali the Fed mengurangkan kadar faedah luar daripada jadual mensyuarat polisi sejak krisis kewangan pada tahun 2009.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat