Terima Kasih Powell, Harga Emas Melonjak!

1,713

Harga emas melonjak susulan kenyataan pengerusi Federal Reserve (Fed) yang kurang hawkish mengenai kenaikan kadar faedah menyebabkan dagangan US dolar dan hasil bon AS menyusut.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan lebih tinggi pada $1,738 per auns selepas meningkat 1% ke paras tertinggi dua minggu pada sesi sebelumnya. Niaga hadapan emas pula positif pada $1,739 per auns.

Pengerusi Jerome Powell memberitahu bahawa kadar kenaikan yang lebih perlahan mungkin diperlukan untuk memberi masa menilai kesan langkah pengetatan ke atas ekonomi dan inflasi.

Namun pada masa yang sama, beliau juga menyokong idea bank pusat untuk menyampaikan kenaikan kadar yang besar pada bulan September, bergantung kepada data ekonomi dan mereka juga tidak lagi akan memberi panduan mengenai penetapan dasar ke hadapan.

Hal ini menyebabkan US dolar susut ke paras terendah tiga minggu dan hasil bon AS 10 tahun kekal suram.

Selain itu, Powell turut meredakan kebimbangan pelabur terhadap kemelesetan menjelang penerbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat untuk suku kedua yang bakal diterbitkan hari ini.

Powell mengatakan beliau tidak percaya AS sedang dalam kemelesetan kerana data menunjukkan pekerjaan kekal kukuh dengan kadar pengangguran berada di paras terendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat