Terima Kasih Powell, USD Kembali Bermaharajalela!

4,275

Dolar greenback melonjak lebih tinggi selepas Pengerusi Reserve (Fed) Jerome Powell memberi amaran bahawa langkah kenaikan kadar faedah yang agresif akan menyebabkan ekonomi terlalu perlahan tetapi risiko terbesar kepada ekonomi Amerika Syarikat adalah inflasi yang berterusan.

Ini menunjukkan bahawa Powell terus bertekad untuk memerangi inflasi dengan kenaikan kadar yang agresif walaupun perlu merisikokan ekonomi jatuh ke dalam kemelesetan.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun merosot lebih rendah susulan kenyataan tersebut disebabkan kebimbangan terhadap prospek ekonomi yang menyuramkan.

Tambahan daripada itu, data bacaan akhir Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS turut mengecewakan dengan mencatatkan penguncupan lebih besar daripada anggaran sebelumnya.

Ekonomi AS menguncup 1.6% pada suku pertama tahun ini, meleset daripada unjuran awal yang dibuat untuk penurunan 1.5%.

Dalam konteks ini, peningkatan US dolar adalah didorong oleh permintaan terhadap safe-haven dan juga keyakinan pasaran untuk peningkatan lebih besar dalam kadar faedah oleh Fed pada masa akan datang.

Sementara itu, euro terus terperosok jauh menghampiri paras terendah 5 tahun yang dicapainya pada Mei, di tengah-tengah jurang perbezaan dasar monetari antara ECB dan Fed.

Jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih besar oleh ECB pada suku ketiga berkurangan selepas angka inflasi awal dari Jerman berada di bawah jangkaan dan perlahan daripada paras tertinggi pada bulan Mei.

Pada masa yang sama, Presiden Christine Lagarde mengesahkan peningkatan 25 mata asas untuk Julai, mengetepikan semua ketidakpastian selepas beberapa penggubal dasar menggesa kenaikan lebih besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat