Terima Kasih USD, Pound Tembus Paras Tertinggi 2 Bulan!

398

Dagangan pound meningkat ke paras tertinggi dua bulan pada sesi Eropah dengan dorongan daripada kelemahan US dolar menjelang keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell.

Ketika penulisan, pound sterling mengukuh pada sekitar harga 1.3600 berbanding US dolar selepas berjaya menembusinya pada awal sesi.

US dolar terus melemah berikutan kewaspadaan pelabur sebelum keterangan Jerome Powell di hadapan Senat malam ini yang akan membincangkan mengenai inflasi dna pemain pasaran akan mencari petunjuk mengenai bila kadar akan dinaikkan.

Pound telah mendapat pengukuhan selepas Bank Pusat England (BOE) membuat kejutan dengan menaikkan kadar faedahnya pada minggu lepas bagi mengekang kenaikan inflasi yang tinggi di UK.

Sementara itu, kebimbangan pelabur terhadap penularan varian Omicron yang menyebabkan gelombang terbaharu Covid-19 di UK juga mereda selepas Perdana Menteri Boris Johnson berulang kali menegaskan tidak akan melaksanakan sekatan tambahan untuk membendungnya.

Penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada hari Jumaat ini akan menjadi tumpuan utama pelabur yang mengharapkan pemulihan pantas dalam ekonomi UK pada bulan November.

Sebelum itu, data inflasi AS akan diperlihatkan dahulu pada Rabu, yang mana ia akan mempengaruhi pergerakan US dolar dan mata wang pound.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat