Terkedu, Velesto Energy Ranapkan Harapan Pelabur!

1,078

Ku sangkakan meroket rupanya junam. Inilah situasi yang dialami pelabur Velesto Energy Bhd setelah menyaksikan kejatuhan drastik saham syarikat itu hari ini.

Velesto kecundang lebih 30% untuk dibuka rendah pada 20 sen awal pagi ini sebelum harga merosot jauh ke paras harga 18.5 sen ketika pembukaan dagangan Bursa sesi petang.

Apa yang terjadi?

Kejatuhan ini berpunca daripada laporan pendapatan menyuramkan Velesto yang melaporkan kerugian bersih sebanyak RM26 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022.

Ia susut ketara berbanding keuntungan bersih yang dicatatkan setahun lalu sebanyak RM5.43 juta kerana terkesan oleh peningkatan dalam perbelanjaan operasi, kos kewangan serta cukai lebih tinggi.

Pendapatan Velesto menyusut walaupun dengan hasil suku tahunan lebih tinggi sebanyak RM243.07 juta daripada RM158.48 juta setahun lalu.

Ekoran daripada itu, Hong Leong Investment Bank Research (HLIB) menurunkan sasaran harga ‘sell’ buat Volesto kepada 21 sen daripada 29 sen.

Velesto Energy Bhd ialah penyedia perkhidmatan multinasional yang berpangkalan di Malaysia untuk sektor industri minyak dan gas.

Baca lagi content menarik di INTRADAY dan jangan lupa sertai komuniti kami di telegram. Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat