TERKINI: ‘Bitcoin Law’ Terima Undian Majoriti Kongres El Salvador!

949

‘Bitcoin Law’ yang diusulkan oleh presiden El Salvador, Nayib Bukele kini rasmi sebagai tender sah selepas menerima undian majoriti kongres di negara itu.

Berdasarkan twit oleh Bukele sebentar tadi, jumlah yang diterima adalah sebanyak 62 daripada 84 undian. Ini menjadikan sejarah epik bagi sektor kripto buat julung kali pertama!

Dalam rang undang-undang tersebut ada menggariskan beberapa perkara:

  1. Objektif utama: Menjadikan Bitcoin sebagai tender sah tanpa batasan kuasa, tidak terbatas dalam sebarang transaksi dan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh orang-orang awam atau swasta yang sah.
  2. Harga kini boleh dilampirkan bersama kadar bitcoin, pengutipan cukai juga boleh dilaksanakan menggunakan matawang digital dan pertukaran dalam bitcoin tidak akan dikenakan sebarang cukai keuntungan modal.

Bagaimana, ekoran daripada ketidaktentuan harga Bitcoin yang terlalu tinggi (volatile), masih belum pasti bagaimana El Salvador akan sepenuhnya melancarkan bitcoin sebagai tender sah.

Namun, pihak kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mempromosikan latihan dan mekanisme yang diperlukan supaya rakyat mudah mengakses penggunaan bitcoin.

Apa-apa pun, cadangan tersebut masih perlu melalui proses perundangan El Salvador sebelum disahkan sebagai undang-undang rasmi.

Susulan daripada pengumuman tersebut, Bitcoin (BTC) kembali bangkit lebih 3% kepada harga semasa $34,041. Ini memberi harapan kepada pasaran kripto yang sudah menunjukkan sedikit pemulihan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat