“Wah terbaiklah Britain, negara lain patut contohinya tau.”
Demi melaksanakan set pertama peraturan bagi mengawal selia pasaran mata wang kripto, Britain bakal menggubal undang-undang di mana seseorang individu harus mematuhinya jika ingin menawarkan perkhidmatan kepada para pengguna.
Dilaporkan, Kesatuan Eropah (EU) yang menggunakan set peraturan komprehensif pertama di dunia untuk pasaran kripto pada Jun 2023 telah menarik banyak minat firma aset digital mendapatkan kepastian kawal selia.
Peraturan tersebut akan memfokuskan pada aset digital seperti Bitcoin (BTC), teknologi distributed ledger ataupun blockchain.
Bukan itu sahaja, ia juga akan meliputi penawaran aset digital, mengendalikan platform dagangan, menukar aset kripto untuk mata wang seperti sterling, mengatur pelaburan, meminjamkan aset kripto dan lain-lain.
Namun Jonathan Cavill, peguam di Pinsent Mason berpandangan peraturan kripto mungkin tidak mudah dimasukkan ke dalam rangka kerja kawal selia yang sedia ada dan apabila pasaran kripto berkembang pantas, UK dijangka mampu ketinggalan di belakang.
Bagaimanapun, Britain tetap komited untuk mewujudkan persekitaran kawal selia di mana firma boleh berinovasi sambil mengekalkan kestabilan kewangan supaya orang ramai dapat menggunakan teknologi baharu dengan selamat.
Memang tidak dinafikan Britain telah memperkenalkan peraturan berkenaan aset kripto pada bulan ini, tetapi firma aset digital pada masa ini hanya memerlukan perlindungan terhadap pengubahan wang haram.
Menurut Kementerian Kewangan Britain, negaranya juga akan mengawal selia stablecoin iaitu mata wang digital disokong mata wang keluaran kerajaan untuk pembayaran runcit seterusnya membentangkan undang-undang pada tahun 2024.