Terkini: China Kenakan Tarif Ke Atas $75 Billion Barangan Import Sebagai Tindak Balas!

551

China baru mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan tarif tambahan yang bernilai $75 billion ke atas barangan Amerika Syarikat seabgai tindak balas terhadap rancangan Presiden Donald Trump untuk kenakan tarif ke atas barangan import China.

Berdasarkan kenyataan Kementerian Perdagangan, sebahagian implimentasi tarif akan bermula berkuatkuasa pada 1 September dan sebahagian lagi akan berkuatkuasa bermula 15 Disember. Tindakan ini adalah sebagai tindak balas 10% kadar tarif yang di kenakan ke atas barangan import China. Tambah Kementerian Perdagangan China, tambahan 5% akan dikenakan ke atas kacang soya Amerika dan minyak mentah import bermula bulan hadapan dan 25% ke atas kereta AS bermula 15 Disember.

Laporan ini menambahkan lagi kembimbangan mengenai 2 negara ekonomi terbesar dunia ini dan kegoyahan pertumbuhan global. Susulan daripada laporan ini bursa pasaran hadapan AS, harga minyak mentah dan hasil bon mengalami kejatuhan. Pasaran-pasaran membangun dan pasaran yang terkait dengan komoditi juga menunjukkan kejatuhan. Disisi lain, matawang safe haven dan emas menunjukkan pengukuhan.

Pengumuman ini diumumkan menjelang perjumpaan pemimpin Group of Seven di France dan bank pusat di Jackson Hole bagi mendiskusikan isu pertumbuhan global yang perlahan.

China sebelum ini telah menjanjikan pada awal minggu ini bahawa sebarang tarif baru oleh AS, China akan bertindak balas. Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan tarif ke atas segelintir barangan China bermula 1 Septermber walaupun Trump telah menangguhkan sebahagian senarai barangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat