Terkini! Kesepakatan Kenaikan Had Hutang Akhirnya Dicapai!

1,020

Pemimpin Majoriti Senat Chuck Schumer sebentar tadi mengumumkan bahawa para penggubal undang-undang telah mencapai kesepakatan mengenai kenaikan had hutang jangka pendek setelah perbincangan berjam-jam dengan pemimpin GOP Mitch McConnell.

Schume D-N.Y dengan gembiranya mengumumkan ‘saya mempunyai berita baik’. “Kami telah mencapai kesepakatan untuk meningkatkan siling hutang sehingga awal Disember dan harapan kami agar dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.”

Perjanjian itu membolehkan had hutang meningkat sebanyak $ 480 bilion,berdasarkan sumber yang dipercayai.  Dalam masa yang sama, A.S dijangkan harus membayar bil sehingga 3 Disember.

Pengumuman dari Demokrat tertinggi Senat diumumkan setelah Pemimpin Minoriti, McConnell, R-Ky menawarkan solusi untuk mencegah negara dari berhadapan kemorosotan ekonomi. Senat kemungkinan akan membuat undian mengenai cadangan Schumer-McConnell pada hari Khamis.

Berita ini merupakan satu beri yang dinantikan setelah berminggu-minggu parti Republik dan Demokrat saling bertikam lidah dalam isu ini. Keadaan semakin gawat apabila Jabatan Perbendaharaan menganggarkan negara mungkin kehilangan cara untuk membayar hutang negara.

Sebelum ini A.S belum pernah gagal membayar hutang. Justeru kebanyakkan para pakar ekonomi berpendapat kegagalan membayar hutang akan menyebabkan kemelesetan ekonomi dan perubahan pasaran kewangan yang tidak menentu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat