Terkini – Pegawai Eksekutif Kanan ECB Usulkan Pengharaman Kripto! Ada Apa-Apa Ke Ni?

245

Pegawai Eksekutif kanan Bank Pusat Eropah Fabio Panetta telah mencadangkan larangan terhadap mata wang kripto kerana ia memberi kesan ekologi yang berlebihan dan dalam masa yang sama beliau menyamakan pelaburan dalam kripto sebagai perjudian.

Beliau mencadangkan agar mata wang kripto yang menggunakan kaedah bukti kerja (PoW) untuk mengesahkan transaksi, seperti bitcoin (BTC-USD). diharamkan.

Beliau juga membandingkan kripto dengan industri pertaruhan, menyimpulkan bahawa “banyak mata wang kripto hanyalah cara baru perjudian”. Beliau menambah: “Secara keseluruhannya, sukar untuk melihat justifikasi kewujudan aset kripto yang tidak disokong dalam landskap kewangan.

Bagi beliau ia hanyalah aset spekulatif. Pelabur membelinya dengan objektif tunggal untuk menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Malah, ia adalah satu perjudian yang menyamar sebagai aset pelaburan.

Panetta memberi amaran kepada pelabur agar tidak memperuntukkan modal mata wang kripto kerana ianya ibarat rumah yang semakin tidak kukuh.

Waima begitu beliau menyokong bank pusat mengeluarkan mata wang digital mereka sendiri, yang dipanggil Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC). : “Untuk memanfaatkan kemungkinan teknologi digital, kami mesti menyediakan asas yang kukuh untuk ekosistem kewangan digital yang lebih luas”.

Tambah beliau, “Ini memerlukan aset penyelesaian digital yang bebas risiko dan boleh dipercayai, yang hanya boleh disediakan oleh wang bank pusat. Dan itulah sebabnya ECB mengusahakan euro digital dan turut mempertimbangkan teknologi baharu untuk masa depan.”

Suruhanjaya Eropah mengumumkan awal tahun ini bahawa ia akan mencadangkan rang undang-undang pada awal 2023 untuk memperkenalkan mata wang digital bank pusat euro (CBDC), manakala ECB telah berusaha membangunkan projek sedemikian sejak Julai 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat