Terkini! Perdana Menteri Jepun Letak Jawatan

873

Khabar angin yang tular sejak awal minggu mengenai perletakan jawatan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akhirnya disahkan benar setelah pemerintah negara matahari terbit itu memutuskan untuk mengundurkan diri daripada jawatannya.

Shinzo Abe yang dijadualkan untuk mengadakan sidang media pada jam 5 petang waktu tempatan, mengumumkan akan turun dari tampuk pemerintahannya atas sebab masalah kesihatan pada pertemuan bersama Parti Liberal Demokratik (LDP) sebentar tadi, lapor Kyodo News.

Walau bagaimanapun, Shinzo Abe dikatakan akan terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun sehingga penggantinya dipilih.

Perdana Menteri itu sebelum ini dilaporkan bahawa sedang menderita penyakit radang usus yang kronik setelah beliau didapati sering ke hospital untuk mendapatkan rawatan sejak akhir-akhir ini sehingga menyebabkan tersebarnya khabar angin bahawa Abe akan meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, pegawai dari LDP di bawah pimpinan Shinzo Abe menolak spekulasi tersebut dan mengatakan keadaan kesihatan perdana menteri itu baik-baik sahaja.

Malah, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga juga menyatakan bahawa Abe masih sesuai untuk menjalankan tugasnya sehingga akhir penggal yang dijadualkan berkhidmat hingga September 2021.

Namun menurut laporan terbaru, Abe dikatakan bakal mengundurkan diri kerana beliau perlu mendapatkan rawatan susulan yang mungkin akan mengganggu urusan pekerjaannya.

Reaksi pasaran menunjukkan safe-haven yen meraih sedikit kenaikan setelah didagangkan lemah sejak sesi dagangan Khamis berbanding matawang utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat