Terkini! Trump Sahkan Kenyataan Perdagangan China!

945

China dan Amerika Syarikat akhirnya mencapai persetujuan terhadap perjanjian perdagangan fasa 1 yang telah lama dinantikan oleh ramai pihak. Ini merupakan langkah pertama yang rasmi selepas lebih satu setengah tahun ketegangan perdagangan berlangsung, dimana ia telah memberi impak terhadap ekonomi dunia.

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) telah mengeluarkan kenyataan bahawa ” A.S. buat pertama kali mengambil keputusan untuk mengenakan tarif ke atas barangan import dari China berdasarkan penelitian siasatan dibawah akta 301 terhadap salah laku dan pengamalan perdagangan China yang berkaitan perpindahan teknologi, harta intelektual dan inovasi.”

Lanjut USTR, A.S akan mengekalkan tarif 25% yang berjumlah hampir $250 billion ke atas barangan China dengan bersamaan tarif 7.5% ke atas $120 billiom barangan import China.

Presiden A.S Donald Trump menyatakan A.S telah bersetuju untuk tidak meneruskan tambahan tarif 15% yang bernilai hampir $160 billion yang dijadualkan bakal dikenakan ke atas barangan import China pada 15 Disember ini.

Sebagai balasan, kedua-dua belah pihak menyatakan China telah bersetuju untuk komited membeli serangkaian produk A.S termasuk keluaran produk pertanian A.S. Trump menyatakan jumlah unit yang dibeli adalah dalam kuantiti yang besar, namun tiada rincian yang diberikan.

CNBC menukilkan kenyataan Menteri Kewangan, Liao Min bahwa tanpa ragu-ragu bahawa China akan membeli barangan dan produk A.S. Namun rincian syarat dan terma akan dikeluarkan kemudian.

Lanjut Trump, rundingan buat kali kedua akan lebih komprensif dan akan menumpukan isu berbaki yang penting seperti pengamalan perdagangan China. Perjanjian perdagangan kedua dijangka akan bermula secepat mungkin daripada menanti selepas pilihan raya 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat