Terpaksa Akui, China Mungkin Gagal Capai Sasaran Pertumbuhan 2022

203

China akhirnya terpaksa mengakui bahawa negara itu akan terlepas sasaran pertumbuhannya tahun ini yang telah terjejas akibat sekatan Covid-19.

Walaupun sedar langkah pencegahan yang dilaksanakan telah ‘melukakan’ ekonomi, namun China masih lagi mahu meneruskan pelaksanaan polisi sifar Covidnya.

Politburo, badan pembuat dasar tertinggi Parti Komunis China memberitahu dalam satu kenyataan bahawa ia akan menyasarkan pertumbuhan ekonomi dalam ‘julat yang munasabah’ pada separuh kedua tahun ini.

Sebelum ini, Beijing menetapkan sasaran pertumbuhan rasmi sebanyak 5.5% pada 2022, tetapi dalam kenyataan terbaru ekonomi gergasi dunia itu tidak lagi mengulangi mengenainya, memberi tanda bahawa China mungkin tidak dapat mencapai matlamatnya.

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat ekonomi suku tahunannya, Politburo yang dianggotai 25 orang yang dipengerusikan Pesiden Xi Jinping, berkata para pemimpin akan berusaha untuk mencapai keputusan terbaik.

Namun, pada masa yang sama ia juga menggesa wilayah yang lebih kuat untuk berusaha mencapai sasaran pertumbuhan tahunan mereka.

Ketidakpastian ekoran wabak Covid-19 terus membelenggu China di mana yang terbaharu bandar Wuhan sekali lagi diletakkan di bawah langkah penutupan selepas 4 kes dicatatkan awal minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat