Tesla Sudah Terima Dogecoin (DOGE)?

1,033

Pengeluar kenderaan elektrik, Tesla sedang membuat pengujian pembayaran dalam Dogecoin (DOGE) sebagai alternatif kepada fiat.

Pengujian tersebut telah berlangsung sejak tiga hari lalu dan disahkan melalui kehadiran ‘Dogecoin’ dalam kod web rasmi Tesla.

Malah, jurutera perisian @/Tree_of_Alpha ada berkongsi berita gembira ini dengan pengikutnya di laman Twitter.

Bagaimanapun, ciri tersebut agak terhad. Tidak semua pengguna dan pelawat boleh mengakses pembayaran menggunakan dogecoin.

Barangkali pengaksesan tersebut hanya untuk beberapa individu tertentu, terutama dalam kalangan staf dan pegawai teknikal Tesla.

Tree_of_Alpha juga ada berkongsi paparan pembayaran menggunakan DOGE.

Tidak pasti bilakah Tesla rasmi menerima DOGE tetapi khabar terbaru ini sudah cukup mengujakan!

Patutlah DOGE mencatatkan lonjakan harga lebih 28% sejak 11 Januari, dari $0.142 ke paras harga $0.182 pada hari ini. DOGE perlukan peningkatan sebanyak 78% untuk mencecah nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.74 yang direkod pada 8 Mei 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat