The Sandbox (SAND) Sebuah Platform Untuk Penggemar Industri Gaming!

207

The Sandbox berperanan sebagai dunia maya (virtual world) yang berasaskan blockchain, membolehkan pengguna mencipta, membina, membeli dan menjual aset digital dalam bentuk permainan dengan menggabungkan kuasa organisasi autonomi yang tidak berpusat (DAO) dan non fungible token (NFT).

Dilancarkan pada tahun 2011 oleh Arthur Madrid yang merupakan CEO di Pixowl.

Misi utama platform Sandbox adalah untuk memperkenalkan teknologi blockchain dalam permainan mainstream dan memberi tumpuan kepada model kreatif “play-to-earn”, yang membolehkan pengguna menjadi pencipta dan pemain (gamers) secara serentak.

Sandbox menggunakan kuasa teknologi blockchain dengan memperkenalkan token utiliti SAND untuk memudahkan urus niaga di platform.

Menariknya, sejak syarikat ini bermula, ia terus menarik sokongan serta pelaburan di beberapa nama terbesar dalam industri gaming yang terdiri daripada Atari, Helix dan CryptoKitties.

Meneliti kepada carta SAND/USDT, pergerakan harga dapat dilihat menyaksikan penurunan secara drastik pada pembukaan pasaran bulan Jun 2021 sehinga menyusut ke zon sokongan sekitar $0.16.

Hal itu dapat dikaitkan dengan pasaran kripto yang masih belum pulih sepenuhnya daripada situasi ‘market crash’ telah memberi impak kepada kejatuhan harga tersebut.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga Sand dilihat sedang menyaksikan penurunan harga dan telah melepasi ruangan zon SBR (support become resistance) sekitar $0.25 dimana zon tersebut baru sahaja diuji beberapa hari yang lalu.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal menyaksikan trend penurunan, zon RBS (resistance become support) sekitar $0.20 bakal diuji kembali samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke zon sokongan yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Namun jika pergerakan harga kembali mencorakkan trend kenaikan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon SBR sekitar $0.25 tersebut sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Sewaktu penulisan, SAND/USDT didagangkan pada harga sekitar $0.22 susut lebih 7% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-161 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto SAND/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat