Yen jatuh mendadak selepas bank pusat Jepun mengumumkan perubahan dasar yang juga merupakan salah satu usaha untuk merangsang inflasi.
USD/JPY meningkat 0.82%.
Bank of Japan mengumumkan perubahan yang agak rumit dan menetapkan kadar faedah untuk jangka panjang. Selain itu, kerajaan Jepun juga mengekalkan pembelian aset sebanyak 80 trillion yen dengan lebih agresif bagi mengubah inflasi.
Terdahulu dalam laporan sebelum ini, Jepun melaporkan imbangan perdagangan sebanyak 19 billion yen bagi bulan Ogos. Dalam masa yang sama, data import dan eksport juga menunjukkan penurunan.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai ada 96.21, melonjak sebanyak 0.25% selepas pengumuman BoJ.