Tiada Rundingan Selepas 15 Oktober – UK

228

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menegaskan sekiranya tiada perjanjian perdagangan yang dicapai antara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK) pada 15 Oktober ini, kedua-dua pihak perlu ‘menerimanya dengan hati terbuka’.

Lapor BBC, Johnson memaklumkan pengunduran UK daripada EU tanpa sebarang perjanjian perdagangan bukanlah satu perkara yang buruk.

Kenyataan Johnson itu dikeluarkan selepas ketua perunding UK, David Frost menyatakan UK tidak ‘takut’ untuk mengundurkan diri daripada rundingan berkenaan.

Rundingan kelapan akan berlangsung esok.

Namun begitu, portal Financial Times melaporkan UK sedang merancang undang-undang baharu yang akan menukar beberapa isi perjanjian pengunduran utama Brexit yang dibuat pada tahun lalu.

Undang-undang baharu terbabit merangkumi peruntukan mengenai bantuan negara berbentuk kewangan yang kadang kala diberikan oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat.

Beberapa sumber kerajaan UK mendedahkan, undang-undang itu akan diperkenalkan pada minggu ini selain menyifatkan undang-undang tersebut adalah ‘pilihan’ sekiranya rundingan menemui jalan buntu.

Semalam, Setiausaha Luar UK, Dominic Rabb memberitahu dua isu utama akan cuba diselesaikan pada rundingan minggu ini iaitu hak perikanan dan kuasa terhadap bantuan negara.

Meskipun UK memberi tempoh sehingga 31 Disember untuk mencari jalan penyelesaian berhubung rundingan perdagangan dengan UK, namun Johnson menegaskan tiada keperluan untuk berunding lagi sekiranya perjanjian gagal dicapai pada 15 Oktober.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat