Tidak! Emas Kembali Tergolek Dog

2,833

Emas gagal mempertahankan pengukuhannya selepas bacaan data jualan runcit Amerika Syarikat telah memacu matawang dolar greenback lebih tinggi.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan suram pada sekitar harga $1,853 per auns, sementara niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,856 per auns.

Jualan runcit di AS meningkat lebih tinggi daripada dijangkakan bulan lepas, dengan peningkatan 1.7% daripada 0.8% yang disemak semula pada bulan sebelumnya, dan juga melebihi jangkaan untuk kenaikan 1.4%.

Hal ini secara tidak langsung menandakan pertumbuhan ekonomi yang berterusan pada permulaan suku keempat sehingga mendorong US dolar ke paras ketinggian terbaru 16 bulan.

Ini menyebabkan harga emas mencatat kemerosotan terbesarnya dalam tempoh dua minggu sehingga menyentuh paras $1,848 pada sesi sebelum ini.

Logam berharga itu sebelum ini mendapat sokongan daripada kadar inflasi AS yang melonjak paling tinggi dalam tempoh 30 tahun, menyebabkannya menjadi pilihan pelabur sebagai lindung nilai inflasi.

Bagaimanapun, angka terbaru yang dipamerkan dalam data jualan runcit akan menambahkan lagi sebab untuk Federal Reserve (Fed) mula bertindak menaikkan kadar faedah lebih awal dari dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat