Tidak! Emas Terus Berundur Lebih Jauh

3,966

Dagangan emas terus di bawah tekanan ketika hasil perbendaharaan AS 10 tahun meneruskan peningkatan lebih tinggi dan menyokong pengukuhan US dolar.

Ketika sesi Asia, logam berharga itu didagangkan merosot 0.4% ke sekitar harga $1,941 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,944 per auns.

Walaupun serangan Rusia ke atas Ukraine masih lagi berterusan, pemain pasaran lebih menumpukan perhatihan kepada tindakan yang akan diambil oleh Federal Reserve (Fed) pada minggu ini.

Apa yang menjadi persoalan di minda pelabur adalah berapa nilai kadar akan dinaikkan oleh bank pusat AS. Ada yang menjangkakan Fed akan meningkatkan kadar sebanyak 0.25% dan lebih agresif 0.50% bagi menangani inflasi yang semakin tinggi.

Pelabur juga bakal meneliti ramalan untuk kenaikan kadar, inflasi dan pertumbuhan ekonomi memandangkan terdapat ketidakpastian baharu yang ditimbulkan oleh perang Rusia-Ukraine.

Jangkaan peningkatan kadar faedah oleh bank pusat telah mendorong hasil bon AS ke paras tertinggi lebih 2 tahun sehingga melemahkan pergerakan terhadap logam kuning emas.

Sementara itu, harapan untuk kesepakatan diplomatik antara Rusia dan Ukraine menjelang penyambungan semula rundingan damai pada hari ini, juga mengekang permintaan safe-haven untuk emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat