Tidak! Iran Enggan Jumpa Biden

314

Iran menolak pelawaan Eropah untuk menghadiri rundingan langsung dengan Amerika Syarikat mengenai kembalinya perjanjian nuklear 2015 yang ditinggalkan bekas Presiden Donald Trump pada tahun 2018.

Keputusan itu merupakan tamparan bagi pentadbiran presiden Joe Biden yang mengatakan akan menghadiri rundingan dengan Tehran di bawah naungan Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha untuk menghidupkan semula perjanjian antara beberapa pihak.

Perjanjian itu meletakkan had dalam program nuklear Iran sebagai pertukaran kepada pelepasan sekatan terhadap Tehran.

Bagaimanapun, sejak Donald Trump membawa Washington keluar daripada perjanjian tersebut, Tehran tidak lagi mengikuti peraturan dan menyebabkan ia dikenakan sekatan oleh Trump.

Jurucakap Kementerian Luar negeri, Saeed Khatibzadeh menganggap ini bukan waktu yang sesuai untuk mengadakan pertemuan ini. Tehran meminta Washington untuk memberikan jaminan bahawa ia akan menghapuskan sekatan terhadap negara itu sebelum bersetuju untuk bertemu.

Sementara White House pula meluahkan kekecewaan mereka atas keputusan Iran, tetapi mengatakan bahawa mereka bersedia untuk bergabung semula dalam diplomasi untuk mencapai kesepakatan dan mematuhi komitmen perjanjian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat