Tidak Semuanya Suram Pada 2022, Ini Saham Paling Untung Setakat Ini

333

‘Siapa sangka gergasi teknologi bukan pemenang pasaran saham Amerika Syarikat.’

Dengan baki 2 lagi sesi dagangan pasaran Amerika Syarikat (AS), indeks-indeks Wall Street tidak perlu menantikan hari terakhir untuk mengetahui prestasi tahunannya.

Tahun 2022 ini Wall Street mencatat prestasi terburuknya sejak krisis kewangan 2008 dengan S&P 500 susut hampir 20% ekoran persekitaran kenaikan kadar faedah dan inflasi.

Sungguhpun begitu, di sebalik prestasi saham yang merosot ada juga yang berjaya mencatat keuntungan dengan memanfaatkan faktor lain seperti perang.

Ikuti ringkasan saham yang paling menguntungkan dan merugikan di pasaran Wall Street pada 2022.

Saham Paling Menguntungkan: Saham Tenaga

  • Industri tenaga tampak meraih populariti dengan harga minyak dan gas mencanak disebabkan faktor inflasi.
  • Untuk tahun ini sahaja sektor tenaga berjaya mencatat hasil melebihi 60%, atasi prestasi S&P 500.
  • Antara syarikat yang paling berjaya adalah Occidental Petroleum yang mencatat lonjakan 122%, Constellation Energy pada 109% dan Hess pada 94%.
  • Sungguhpun harga minyak dan gas alami penyusutan beberapa minggu lepas ia masih muncul sebagai winner untuk tahun ini dengan syarikat-syarikat tenaga catat 81% keuntungan, sejajar unjuran S&P.

Saham Paling Merugikan: Saham Teknologi

  • Tidak dapat dinafikan dasar pengetatan dan lonjakan inflasi menekan turun saham bertemakan teknologi termasuk komunikasi.
  • Antara syarikat yang paling terkesan adalah Generac Holdings yang susut 74%, Match Group susut 70% dan Tesla milik Elon Musk yang turut sama junam 70% serta Meta Platform yang merosot 65%.
  • Rata-rata syarikat tersebut gagal mencapai sasaran yang ditetapkan S&P 500 dengan big-tech alami penyusutan hampir $4 trilion secara keseluruhan pada 2022.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat