Tidak Tahu Dimana Ingin Belanjakan Bitcoin? Bandar-Bandar Ini Boleh Terima Bitcoin Anda

459

CryptoGo iaitu salah satu broker matawang crypto telah menyenaraikan bandar-bandar yang membolehkan pelabur crypto membelanjakan bitcoin mereka. Penyelidik menggunakan khidmat Yelp dan Coinmap bagi mengenalpasti perniagaan-perniagaan yang menerima Bitcoin, ATM Bitcoin dan perkumpulan Bitcoin di setiap bandar.

Menurut CEO CryptoGo, ” Penerimaan, pertumbuhan dan pengadaptasian bitcoin dalam beberapa bandar semakin berkembang dengan pantas. Kajian ini juga menunjukkan bahawa komuniti bitcoin semakin berkembang pesat di beberapa buah bandar di seluruh dunia.”

Berdasarkan kajian dapat disimpulkan

  • Bandar-bandar di Amerika merupakan antara bandar yang terkehadapan dalam penerimaan Bitcoin, kemudian diikuti oleh Kanada dan Eropah.
  • Kegiatan pelombongan crypto banyak dipelopori oleh negara-negara Asia. Tetapi bandar-bandar di negara Asia kurang menawarkan khidmat pertukaran bitcoin.
  • Komuniti Bitcoin tetap berkembang walaupun masih terdapat kekurangan ATM Bitcoin yang beroperasi dan syarikat perniagaan yang menerimanya.

Bandar-bandar yang mesra Bitcoin.

Berikut disenaraikan 10 bandar yang mesra Bitcoin dalam dunia.


Manakala, negara Asia seperti China dan Jepun melopori kegiatan perlombongan Bitcoin berikutan kos elektrik yang murah namun bandar-bandar mereka tidak banyak yang menerima Bitcoin.

Bandar-bandar yang melombong Bitcoin.

Kajian tersebut menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi terhadap perjumpaan komuniti Bitcoin dan hal ini menzahirkan bahawa bitcoin mempunyai komuniti yang kukuh dan masyarakat menaruh perhatian besar terhadap matawang crypto. Sebagai contoh, Seoul hanya mempunyai 1 ATM Bitcoin tetapi perjumpaan yang diadakan sebanyak 59 kali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat