Tiga Sektor Jadi Tumpuan Hari Ini

846

Dagangan di Bursa Malaysia terus menyusut ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini dan dijangka berada dalam mod stabil dengan sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan ketiadaan pemangkin baharu di tengah-tengah harga minyak mentah dan minyak sawit mentah yang rendah.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.66 mata kepada 1,596.07 daripada 1,597.73 mata ketika ditutup semalam.

Bagaimanapun pada 9 pagi ini, indeks utama dibuka 1.01 mata lebih tinggi pada 1,598.74.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 226 berbalas 180 manakala 334 kaunter tidak berubah, 1,492 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Lapor Bernama, jumlah dagangan ialah 331.55 juta saham bernilai RM137.4 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, memandangkan minat perdagangan yang lemah di pasaran, peniaga akan lebih bersikap memilih dalam mencari peluang perdagangan.

Sementara itu, sektor yang menjadi tumpuan ialah pembinaan, bahan binaan dan hartanah selepas berita mengenai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang muncul di media semalam.

“Dalam pada itu, sektor bertemakan pemulihan seperti pengguna masih akan diperhatikan, sementara saham teknologi mungkin pulih, disokong oleh prestasi positif semalaman di Nasdaq.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.23, PBBank dan Tenaga masing-masing naik dua sen kepada RM4.19 dan RM10.78, PChem turun tujuh sen pada RM7.98 dan IHH serta CIMB kedua-duanya tidak berubah, masing-masing pada RM5.41 dan RM4.46.

Bagi kaunter paling cergas, HiapTeck dan warannya masing-masing naik 1.5 sen kepada 48.5 sen dan 11.5 sen, Widad meningkat 1.5 sen kepada 51.5 sen, MMAG turun satu sen kepada 34 sen dan HBGlob 1.5 sen lebih tinggi pada 27 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 3.52 mata kepada 11,732.82, FBMT 100 turun 4.41 mata kepada 11,405.20 dan FBM Emas Syariah lebih rendah 10.81 mata kepada 13,030.78.

Indeks FBM ACE bagaimanapun naik 2.01 mata pada 10,364.85 dan FBM 70 menambah 22.72 mata kepada 15,495.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 31.47 mata kepada 15,279.47, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.31 mata kepada 191.16, dan Indeks Perladangan kerugian 6.67 mata kepada 7,075.68.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat