TikTok Dan WeChat Hanyalah Sebuah Permulaan? Ulasan Para Pengalisis Tidak Akan Disukai Ramai!

230

Sejak akhir-akhir ini, hubungan antara China dan Amerika Syarikat (A.S) semakin tegang apabila beberapa syarikat teknologi besar China telah dikenakan sekatan. Dua aplikasi sosial media milik syarikat China, TikTok dan WeChat akan disekat penggunaannya tidak di negara A.S

Melalui perintah eksekutif ,Trump telah mengenakan arahan yang akan berkuatkuasa dalam tempoh 45 hari bahawa sesiapa saja di bawah bidang kuasa A.S dilarang untuk berurusan dengan pemilik Tiktok atau WeChat.

Walauabagaimanapun, Setiausaha Negara A.S. Mike Pompeo mengatakan perintah eksekutif Presiden Donald Trump terhadap TikTok dan WeChat boleh menjadi “lebih luas” daripada dua aplikasi tersebut.

Lanjut Pompeo, pengumuman persiden Trump bukan sahaja terhadap TikTok tetapi juga WeChat seolah-olah ia adalah lebih meluas bagi memastikan data Amerika tidak jatuh ditangan pihak lain.

Perintah eksekutif lain yang ditandatangani oleh Trump juga merangkumi pelarangan sebarang transaksi oleh syarikat dan penduduk Amerika Syarikat (AS) untuk aplikasi media sosial TikTok serta WeChat, bermula 20 September.

Disisi lain Setiausaha Negara AS Mike Pompeo pada minggu lalu telah meminta kesemua firma di negara itu untuk membuang kesemua peranti teknologi China daripada rangkaian digital mereka termasuk Alibaba dan WeChat.

Berdasarkan tanda-tanda yang dihadirkan sejak akhir-akhir ini membuatkan segelinitir penganalisis berpendapat bahawa Huawei, TikTok dan WeChat hanyalah satu permulaan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat