TikTok Manipulasi Mangsa Pelarian Syria Untuk Curi Duit Mereka!

167

‘Ini boleh kira ambil duit anak yatim jugak kan?’

Platform video berdurasi pendek, TikTok kini di bawah siasatan atas pertuduhan mempergunakan mangsa pelarian Syria untuk meraih pendapatan.

Menurut sumber dari BBC, TikTok dikatakan memanipulasi keuntungan daripada siaran langsung (livestreams) di mana pelarian Syria meminta hadiah atau cash gifts.

Sebagai pengetahuan, TikTok memperkenalkan sistem cash gifts yang membenarkan pengguna menyumbangkan sejumlah wang kepada pencipta kandungan (creators) semasa livestreams.

Difahamkan bahawa mangsa pelarian Syria boleh meraih hampir $1,000 dalam masa sejam membuat livestreams namun hanya menerima suku daripada nilai tersebut.

Isu ini mendapat perhatian selepas seorang ‘orang tengah TikTok’, Hamid Al-Alwa yang menguruskan akaun untuk 12 orang keluarga pelarian Syria mendedahkan bahawa nilai cash gift yang diterima adalah suku daripada nilai asal.

Beliau menjelaskan bahawa cash gifts singa yang sepatutnya bernilai $500 menjadi $155 apabila sampai di tangannya.

Ekoran itu, pihak BBC sendiri menjalankan siasatan dengan salah seorang wartawannya membuat livestreams dengan menggunakan akaun TikTok dari Syria.

Dalam eksperimen tersebut BCC telah menyumbang cash gift bernilai $106 yang mana wartawan tersebut dikatakan pula hanya menerima $33.03.

Ekoran penemuan itu, pihak TikTok telah mengeluarkan siasatan mereka sendiri dan turut mengatakan bakal mengambil tindakan terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat