Tindakan China Pengaruhi Sentimen Positif Pasaran, USD/JPY Teruskan Kenaikan

390

Sentimen pasaran semakin pulih pada sesi Asia hari ini berikutan laporan Majlis Negeri di China telah mengumumkan rancangan untuk mengurangkan tambahan tarif ke atas $75 bilion barangan import dari Amerika Syarikat kepada separuh yang bermula pada 14 Februari ini.

Aset berisiko kembali mendapat tarikan para pelabur sementara dagangan safe-haven terus mencatatkan penyusutan seperti matawang Yen Jepun.

Sebelum ini, risiko dalam pasaran mula berkurang selepas terdapat laporan bahawa pusat penyelidikan di China telah menemui penawar bagi merawat jangkitan Coronavirus, begitu juga penemuan vaksin oleh saintis di UK.

Yen yang didagangkan lemah dalam pasaran telah mempamerkan kenaikan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY sepanjang minggu ini.

Pada dagangan semalam, harga yang membuat pembetulan harga (correction) di zon RBS (resistance become support) sekitar 109.300 kemudiannya telah menyambung semula kenaikan menguji paras 109.700 sebelum melepasinya pada sesi New York.

Pada dagangan sesi Asia hari ini, harga masih dilihat menyambung kenaikan semalam namun pergerakan harga sedikit perlahan.

Dengan momentum kenaikan harga yang semakin kukuh, harga bakal menuju ke paras resistance pada ketinggian 110.300.

Paras resistance tersebut merupakan paras ketinggian yang diuji pada dagangan Januari lalu.

Jika sentimen pasaran kembali berisiko, harga bakal membuat penurunan semula melepasi paras-paras penting sebelum ini seperti 109.700 dan juga zon RBS 109.300.

Penurunan lebih rendah melepasi garisan sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) bakal memberi isyarat perubahan trend harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat