Tindakan Rishi Sunak Ini Mendapat Tentangan Hebat Dari Berbagai Pihak!

558

Pentadbiran UK telah mengambil keputusan menghentikan kenaikan gaji dalam kalangan pekerja sektor awam kecuali pejawat awam yang bekerja dalam sektor kesihatan dan mereka yang berpendapatan rendah berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri kewangan UK, Rishi Sunak pada hari Rabu. Langkah itu sebagai ikhtiar untuk hanya mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar perlu.

Menurut Sunak, pentadabiran UK lebih memilih perbelanjaan bersasar kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Sunak mengakui bahawa langkah ini adalah satu keputusan yang sukar berikutan kerajaan terpaksa mengawal perbelanjaan mereka. Pada kali ini, perbelanjaan kenaikan gaji adalah tertumpu kepada pejawat awam yang dalam sektor kesihatan dan mereka yang berpendapatan rendah.

Segelintir penganalisis berpendapat bahawa langkah ini akan memberi tekanan kepada rakyat dan memberi kesan kepada keyakinan pengguna.

Selain itu, pentadbiran UK juga mengurang bantuan kewangan luar dari 0.7% daripada GDP kepada 0.5%. Pengumuman ini mendapat sokongan bari mereka yang berpendapat bahawa kerajaan harus kurang berbelanjan bagi menghadapi impak Covid-19.

Walaubagaimanapun, pengumuman ini telah mendapat tantangan hebat dari banyak pihak. Matawang GBP kini hanya berjaya kukuh 0.03% berbanding US dolar setakat jam 11.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat