Tindakan ‘Whales’ Cetus Kegilaan, Harga BTC Kembali ‘Bangkit’!

2,529

Kelompok ‘Whales’ pada hari ini tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan aktiviti penambahan pegangan BTC. Semasa kejatuhan harga yang besar baru-baru ini, kelompok ‘whales’ telah mula membeli BTC yang bernilai hampir $3.5 bilion.

‘Whales’ yang merupakan individu atau kelompok yang memegang jumlah BTC yang besar percaya bahawa kitaran ‘bullish’ ini masih berlangsung. Data mendedahkan bahawa ikan paus mengambil peluang untuk membeli $3.5 bilion, atau 67,000 BTC semasa harga BTC menjunam kepada paras harga $42,000.

Sepertimana yang kita sedia maklum pada 5 Disember yang lalu, harga BTC telah jatuh kepada paras terendah sejak akhir September iaitu $42,000 iaitu kejatuhan lebih daripada $16,000 dalam sehari. Antara bursa kripto yang paling terkesan dengan kejatuhan harga ialah bursa kripto Huobi dimana harga BTC jatuh kepada $28,800 serta-merta.

Menurut firma data Santiment, tingkah laku ‘whales’ telah memainkan peranan dalam mendorong peningkatan harga. Firma yang memiliki kepakaran dalam metrik sosial dan rantaian terhadap 2,000 aset kripto itu mendedahkan bahawa alamat yang memegang antara 100 hingga 10,000 BTC membeli 67,000 bitcoin secara keseluruhannya bermula harga $43,500.

Bitcoin telah pulih kembali kepada $50,100 pada hari Isnin dan kelompok telah memainkan permainan manipulasi ini sehingga dapat dikatakan sempurna. Berdasarkan alamat yang memegang antara 100 hingga 10,000 BTC juga telah mengurangkan pegangan mereka sebelum berlaku penurunan harga.

Sementara itu, pada awal hari ini kelompok ‘whale’ BTC ketiga terbesar juga mengambil kesempatan daripada penurunan itu dan membeli lebih daripada 2,700 BTC dalam sehari pada harga sekitar $50,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat