Titik Mula Di $1.2700, GBP/USD Nak Pecut Ke Atas Atau Bawah?

136

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan harga masih bermain di zon 1.27000 sehingga dagangan Rabu semalam.

Bergerak dalam julat sekitar 40 pips, kenaikan harga sekadar di paras 1.27350 dilihat tidak melepasi paras ketinggian hari sebelumnya (Selasa).

Selepas minit mesyuarat FOMC diterbitkan, US dolar dilihat mendapatkan semula pengukuhannya untuk menarik harga turun semula ke paras 1.27000.

Sekiranya US dolar terus mendominasi sehingga ke penghujung minggu, harga berisiko untuk jatuh ke paras lebih rendah.

Beberapa data penting Amerika Syarikat (AS) akan diperhati pada sesi New York malam nanti termasuk data pekerjaan ADP serta tinjauan sektor perkhidmatan AS.

Seterusnya, barulah tumpuan akan terarah pada data utama minggu ini iaitu laporan data pekerjaan NFP AS pada sesi New York esok hari (Jumaat).

Paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD akan memberi isyarat awal untuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga bergerak perlahan di bawah paras MA50 tersebut mencadangkan penurunan harga bakal berlaku.

Sekiranya harga terus menjunam dari paras 1.27000, jangkaan penurunan harga akan menuju semula ke paras sokongan minggu lalu iaitu pada 1.26000.

Jika tembus lebih rendah, paras 1.25000 dilihat akan menjadi sasaran seterusnya untuk harga catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Namun jika situasi berubah menyaksikan lonjakan pula yang berlaku, harga berpotensi untuk menuju sehingga ke paras rintangan yang dicapai pada minggu-minggu sebelum ini iaitu sekitar 1.28400.

Jika tembus lebih tinggi, harga akan mencatatkan rekod ketinggian terbaru sejak dagangan April 2022.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat