Tony Fernandes Kata Omicron Tak Omicron, Sektor Penerbangan Mesti Jalan

2,685

Dah boleh terbang ke luar negara nanti korang nak pergi mana?

Ketua pegawai eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menjangkakan sektor penerbangan dan perjalanan antarabangsa akan pulih tidak lama lagi walaupun terdapat kemunculan dan penyebaran varian Omicron.

Memetik sumber wawancara di antara Tan Sri Tony Fernandes dengan saluran berita Amerika Syarikat (AS), Squawk Box Asia pada Isnin 10 Januari lalu, beliau menyatakan terdapat permintaan yang sangat kukuh dalam sektor penerbangan domestik diantara Malaysia, Thailand dan Indonesia pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Buat masa ini Thailand dan India telah mengenakan semula sekatan penerbangan ekoran kenaikan kes melibatkan varian Omicron namun beliau menjangkakan perjalanan antarabangsa akan kembali seperti masa sebelum Covid-19 kira-kira 6 bulan selepas sempadan dibuka yang diharapkan pada bulan Mac.

Dalam pada itu, perkhidmatan perniagaan pengangkutan AirAsia yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas ‘melebihi jangkaan’ dan dalam prestasi ‘sangat baik’.

Setakat pagi, saham AirAsia didagangkan 0.79 sen atau 2.60% dan nilai pasarannya pada RM3.08 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat