Top Glove Mendakwa Hanya 27% Sahaja Pekerja Terkesan

243

Syarikat Top Glove Corp memaklumkan hanya seramai 5,700 orang pekerjanya sahaja yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan bukan 13,190 seperti dilaporkan sebelum ini.

Kilang pekerja asing Top Glove di Meru, Klang terpaksa menjalani PKPD selama 14 hari bermula hari ini sehingga 30 November.

Jelas Top Glove menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, PKPD hanya memberi kesan kepada kira-kira 27% daripada 21,000 orang jumlah pekerjanya.

“Kilang-kilang kami di Meru, Klang terus beroperasi dengan kapasiti yang lebih rendah manakala para pekerjanya yang tidak berada dalam kawasan PKP, bekerja di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata Top Glove.

Syarikat itu sekali lagi menyatakan majoriti pekerja yang positif Covid-19 tidak menunjukkan sebarang simptom seperti demam atau sakit.

Saham Top Glove menurun pada paras terendah hari ini iaitu sekitar RM6.15 sebelum melonjak semula ketika sesi tengah hari kepada RM6.65 dengan kira-kira 95.34 juta saham didagangkan.

Syarikat pengeluar sarung tangan getah itu kini bernilai RM54.5 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat