Top Glove Ungguli Senarai 15 Saham Terbesar Bursa Singapura

500

Pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corp Bhd kini berada di tempat ke-13 dalam pasaran terbesar Singapore Stock Exchange, dengan modal pasaran bernilai $11.40 bilion. Pencapaian ini merupakan pencapaian tertinggi dibandingkan dengan beberapa syarikat besar seperti Keppel Corp Ltd, Jardine Cycle & Carriage Ltd dan syarikat insurans, Great Eastern Holdings Ltd.

Modal pasaran bagi Keppel ialah S$11 bilion dengan harga saham terakhir yang didagangkan berjumlah S$6.03 menjadikan syarikat tersebut yang ke-15 terbesar dalam pasaran besar SGX. Manakala modal pasaran Great Eastern ialah S$8.84 bilion (harga saham: S$18.68) dan Jardine Cycle & Carriage (harga saham: S$21.17) bernilai S$8.38 bilion. Kedua-dua syarikat tersebut merupakan pasaran terbesar ke-19 dan ke-20 dalam SGX.

Sejak 31 Disember 2019, pasaran bagi pengeluar sarung tangan dilihat meningkat dan menyebabkan harga saham Top Glove meningkat dalam SGX sehingga 182% dari S$1.56. Pada tengah hari tadi, saham telah didagangkan pada S$4.40 menerusi SGX, turun 2 sen atau 0.45% daripada penutupan sebelumnya.

Riverstone Holdings Lts juga menunjukkan perubahan yang sama pada hari ini apabila harga saham telah meningkat 3.29% atau tujuh sen kepada S$2.20, menjadikan modal pasaran berjumlah S$1.63 bilion. Bagi UG Healthcare pula, saham telah melonjak 21.62% atau lapan sen kepada 45 sen, menjadikan modal pasaran sebanyak S$72.55 juta.

Jika digabungkan ketiga-tiga syarikat pengeluar sarung tangan ini akan membawa kepada modal pasaran yang melebihi S$13 bilion. Jauh beza dengan rekod terdahulu yang mana hanya melebihi $S5 bilion pada awal Mac.

Di Malaysia, Top Glove mencatatkan saiz pasaran ke-15 selama dua kali, terbesar dalam kalangan 30 saham komponen di penanda aras FBM KLCI. Hari ini pada jam 12.30pm modal pasaran berjumlah RM30.48 juta.

CGS-CIMB Research telah menaikkan harga sasaran bagi Top Glove kepada RM16.50 daripada RM10.40 dengan ramalan Top Glove akan menjana keuntungan tahunan sebanyak RM864 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2020 (FY20) dan menjana keuntungan lebih tinggi dengan RM1.22 bilion bagi FY21 dan RM1 bilion bagi FY22. Ini menjelaskan kepada ramalan pendapatan bagi satu saham 34 sen bagi FY 20, 47 sen bagi FY21 dan 39 sen bagi FY22.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat