Toyota Gantung Sumbangan Kepada Anggota Kongres AS

641

Toyota menghentikan segala pemberian ‘sumbangan’ kepada para anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) yang memilih untuk membantah kemenangan Joe Biden ketika pilihan raya Presiden tahun lalu.

Syarikat yang berpangkalan di Jepun itu berdepan kritikan susulan sumbangannya selepas insiden rusuhan di bangunan Capitol pada 6 Januari lalu.

Toyota dilaporkan menyumbang lebih AS$50,000 kepada anggota Republikan yang cuba menghalang kemenangan Biden di sesetengah negeri dan perkara itu didedahkan pada bulan lalu.

Syarikat terbabit bagaimanapun sebelum ini mempertahankan tindakannya.

“Toyota komited untuk menyokong dan mempromosikan tindakan yang mengembangkan demokrasi kami.

“Kami secara aktif mendengar pemegang saham kami dan pada ketika ini, kami memutuskan untuk menghentikan sumbangan kepada anggota Kongres yang membantah kemenangan di sesetengah negeri ketika pilihan raya Presiden AS tahun lalu,” ujarnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Namun, syarikat itu tidak menyatakan berapa lama akan menggantung sumbangan terbabit.

Keputusan tersebut dibuat selepas Citizens for Responsibility and Ethics in Washington (CREW) pada bulan lalu melaporkan Toyota menyumbang secara langsung sebanyak AS$56,000 kepada 38 anggota Republikan.

Tambah CREW, jumlah itu merupakan yang terbesar disumbangkan oleh sesebuah syarikat kepada ahli politik yang membantah kemenangan Biden.

Menurut jurucakap CREW, pihaknya mengalu-alukan langkah yang dibuat oleh Toyota.

“Tidak perlu melakukan kempen desakan orang ramai untuk menyuruh mereka melakukan perkara yang betul tetapi kami gembira usaha itu berjaya,” ujar jurucakap berkenaan.

Pada Februari lalu, Microsoft berkata jawatankuasa tindakan politiknya akan menangguhkan semua sumbangan sehingga akhir tahun hadapan kepada 147 anggota Parlimen yang memilih menentang Biden.

Google dan General Electric turut melakukan perkara sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat