Trade News NFP Tidak Menjadikan Kita Kaya. Kenapa?

3,231

Harini hari news NFP release. Macam biasa. Dimana ramai forex trader yang ternanti-nanti news ini.

Tetapi saya nak ingatkan sesuatu.

Hari ini tidak menjadikan anda kaya jika anda tak pernah depo pun sebelum ini, tapi sebab terpengaruh member ajak trade news, anda pun baru mula nak depo dan rasa macam nak ‘tikam’ buy/sell malam ni dengan harapan kaya cepat.

Hari ini juga tidak menjadikan anda kaya, jika anda dah penat trade cara analisis teknikal fundamental, dan malam ini anda nak buat gila, letak order dengan SL nipis sedangkan kemungkinan Stop Loss anda slippage.

Hari ini juga tidak menjadikan anda survived dalam bidang ini untuk jangka masa yang lama dengan hanya pasang PO kononnya pukat. Sedangkan anda dah tahu kebanyakkan broker triggered order anda dengan slippage kalau price bergerak laju, sebab spread widen dan anda bakal memaki broker tersebut.

Tetapi hari ini bakal menjadikan anda kaya jika anda belajar sesuatu intipati dari segi fundamental untuk news NFP ini. Apakah data pekerjaan NFP kali ini bakal pengaruh keputusan mesyuarat FOMC kehadapan? Macam mana pengaruh. Berapa nilai dan sebagainya. Details.

Hari ini juga bakal menjadikan anda kaya jika anda dapat perhatikan reaksi harga mana yang mempunyai potensi buyer dan seller. Dan sejauh mana harga matawang tersebut berkesan dalam persepsi murah atau mahal bagi ‘big order’.

Ilmu menjadikan anda kaya. Bergantung harap hanya pada nasib sudah lama menjadikan masyarakat kita miskin.

Mari berubah.

Trade wisely. We are trader, with knowledge, not gambler.

Berminat untuk belajar lebih lanjut tentang Analisis Fundamental dalam Forex Trading? Klik Sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat