Trader AUD dan NZD Perlu Cakna Dengan Artikel Ini!

42

Dollar Australia dilaporkan stabil berbanding US Dollar harini ini manakala, NZD mengukuh walaupun keuntungan dijangka kekal berikutan kebimbangan terhadap sentimen pertumbuhan global.

AUD/USD juga menunjukkan perubahan kepada 0.7507.

Namun begitu, pelabur dilihat kekal berhati-hati sejurus selepas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi global pada 2016 kepada 3.1% dari sebelumnya iaitu 3.2%. Bagaimanapun IMF menjangkakan peningkatan semula kepada 3.4% pada tahun 2017.

Kesan Brexit jelas tidak mengganggu Amerika Syarikat walaupun pertubuhan ekonomi negara itu menurun dari 2.4% kepada 2.2%. Hal ini kerana pengurngan itu disebabkan kelemahan dalam keluaran dalam negara kasar (GDP) pada suku pertama.

Dalam masa yang sama, NZD/USD melonjak naik kepada 0.7507 sebanyak 0.14%

Mata wang komoditi kekal stabil bagaimanapun harga minyak dunia dilihat meningkat lebih tinggi sejurus selepas Institut Petroleum Amerika berkata stok simpanan minyak mentah merudum lebih dair jangkaan pada minggu lalu.

Sementara itu, Indeks US Dollar yang mengukur kekuatan Greenback melalui 6 mata wang utama berada pada nilai 97.11, iaitu paras tertinggi dalam tempoh 4 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat