Trader AUD Mohon ‘Take Note’!

1,334

Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe mengatakan ekonomi lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan pada awalnya, tetapi sokongan berterusan diperlukan memandangkan inflasi tetap rendah dan pengangguran tinggi.

Bercakap di National Press Club, Canberra, Philip Lowe mengatakan kerosakan yang disebabkan pandemik coronavirus tidak seburuk yang disangkakan, lebih-lebih lagi dengan langkah rangsangan dan pelancaran vaksin meningkatkan lagi prospek terhadap pemulihan.

Tambah Gabenor Lowe lagi, petunjuk ekonomi utama iaitu kadar pengangguran menunjukkan prestasi lebih baik daripada ramalan bank pusat sebelum ini.

Menurut jangkaan bank pusat terdahulu, kadar pengangguran dijangka sedikit lebih rendah di bawah 10% pada akhir tahun 2020, tetapi masih di sekitar 7% pada akhir tahun ini. Bagaimanapun, bacaan kadar pengangguran Australia, nyata jauh lebih baik daripada ini, dengan catatan 6.6%, kata Lowe.

Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa walaupun angka yang dicatatkan lebih baik, tetapi ia tidak bermaksud ekonomi berada dalam keadaan sihat.

Oleh itu, Lowe memberitahu bahawa masih terlalu awal untuk mereka mempertimbangkan pengurangan dalam pelonggaran dasar monetari dan juga berharap supaya kerajaan akan bertindak balas dengan rangsangan fiskal yang lebih banyak kerana kenaikan perbelanjaan pengguna sangat penting bagi pemulihan.

RBA pada hari Selasa telah memperluaskan lagi program pembelian bonnya dan mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.10%. Lowe turut memberi bayangan bahawa kadar faedah tidak akan meningkat sehingga sekurang-kurangnya 2025, iaitu selagi sasaran pekerjaan dan inflasi tidak dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat