‘Trader’ Berhati-Hati – Tumpuan Tertumpu Pada 2 Isu Utama Ini!

1,138

Indeks US dolar mengukuh lebih tinggi pada hari Khamis selepas harapan pakej rangsangan Covid-19 menjelang pilihan raya Amerika pada 3 November semakin pudar dan kes jangkitan pandemik Covid-19 melonjak di seluruh dunia menyebabkan para pelabur dan pedagang memilih safe haven dan matawang greenback.

Disisi lain para pelabur masih meneliti data tuntutan pengangguran A.S yang menunjukkan penurunan yang lebih besar daripada jangkaan. Walaubagaimanapun, jumlah yang dicatat masih pada tahap yang sangat tinggi dan ini menunjukkan mengekang pertumbuhan dalam pasaran buruh dan pemulihan ekonomi.

Rundingan mengenai rang undang-undang bantuan pandemik yang baru dipersoalkan setelah Presiden Republik, Donald Trump menuduh Demokrat tidak bersedia mencari kompromi dan dapat penentangan terhadap pakej rangsangan baru.

Penganalisis seperti Kathy Lien, pasaran berkemungkinan akan dihadapkan dengan berita yang tidak baik mengenai pakej rangsangan bermula dari sekarang sehingga kepada pilihan raya.

Disisi lain, Eropah mencatat lonjakan jangkitan positif pandemik ke tahap tertinggi dengan Sepanyol menjadi negara Eropah Barat pertama yang melebihi 1 juta kes jangkitan.

Indeks US dolar catat pengukuhan sebanyak 0.31% berbanding matawang utama ke paras 92..888. Manakala matawang euro terus menyusut dengan pengunurunan sebanyak 0.40% berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat