Pastinya bercampur-campur emosi para pelabur di sesi New York semalam ketika semua sedang tertumpu kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dinanti-nantikan sejak awal minggu.
Indeks harga pengguna (CPI) telah melonjak lebih tinggi mengatasi ramalan iaitu ke paras 3.4% bagi bulan Disember, mencetuskan pengukuhan awal bagi US dolar.
Situasi yang menjangkakan penangguhan langkah pelonggaran dasar oleh Federal Reserve (Fed) itu boleh corak penurunan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD.
Namun, pengukuhan US dolar dilihat gagal dikekalkan apabila momentum mula pudar menuju dagangan penghujung sesi.
Dapat diperhatikan harga pada mulanya naik ke paras 1.10000 dahulu sebelum menjunam 70 pips ke paras 1.09300.
Namun, penurunan lebih rendah tidak berjaya diteruskan apabila harga dilihat melantun semula ke paras 1.09800.
Pergerakan harga perlahan di sesi Asia, namun harga yang kembali berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut menunjukkan potensi untuk kenaikan berlaku.
Rintangan pada 1.10000 perlu diatasi jika harga ingin meneruskan kenaikan lebih tinggi dan memaparkan perubahan trend bullish.
Sasaran adalah untuk mencapai zon tumpuan berikutnya pada ketinggian 1.11000.
Namun jika US dolar telah mula dapat tarikan semula dan mengukuh, harga bakal ditekan jatuh di bawah MA50 dan menuju zon sokongan terhampir sekitar 1.08800.
Penurunan lebih ketara harga yang diteruskan melepasi zon tersebut akan menjangkakan paras 1.08000 pula bakal dicecah.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG