“Sekarang turun balik dah semula, tapi jangan risau mungkin harga BTC nak buat pullback?”
Tanpa disedari, raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) semalam berjaya memberi kejutan kepada para pelabur apabila harganya menggunung sehingga $37,970 buat kali pertama sejak Mei 2022 sebelum turun semula pada $35,611.
Hal ini kerana pedagang pada masa ini sungguh yakin terhadap BTC, oleh itu positions long dan niaga hadapan menyaksikan pendakian ketara diikuti jumlah minat terbuka dalam bursa kripto yang turut mencanak pada $7.2 bilion.
Bukan itu sahaja, kenaikan harga BTC mungkin turut tercetus apabila penjual shorts bertindak keluar dari positions dalam keadaan tergesa-gesa yang lebih dikenali sebagai short squeeze di mana terdapat $50 juta dicairkan dalam tempoh empat jam ketika waktu dagangan awal Asia.
Dilaporkan juga bahawa lebih $21 juta daripada shorts telah dicairkan pada bursa niaga hadapan BitMEX, OKX dan Binance, jadi di sini dapat dilihat langkah tersebut didorong oleh perdagangan pasaran berpangkalan di Asia di mana bursa itu menikmati pangkalan pengguna agak besar.
Kecairan itu merujuk apabila bursa menutup secara paksa position leveraj pedagang disebabkan kehilangan sebahagian atau keseluruhan margin awalnya, tetapi perlu diketahui ia berlaku apabila pedagang tidak dapat memenuhi keperluan margin untuk position berleveraj.
Selain itu, komuniti kripto yang semakin yakin pengawal selia Amerika Syarikat (AS) akan meluluskan spot BTC ETF dalam masa terdekat ini juga boleh menjadi salah satu sebab harga BTC dapat berada dalam momentum bullish.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.13% pada paras $36,638 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $715 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 6.01% sepanjang minggu lepas.