Trader Siap Sedia, Ini Situasi Pasaran Menjelang Mesyuarat FOMC!

913

Pada jam 2 pagi nanti para pemain pasaran akan mula meneliti mesyuarat FOMC bagi mendapat indikasi mengenai pendirian dan hala tuju bank pusat. US dolar didagangkan kukuh pada hari Rabu setelah catat penyusutan berikutan selera risiko yang kurang dalam kalangan pemain pasaran menjelang mesyuarat The Fed.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding matawang utama didagangkan kukuh 0.18% kepada paras dagangan 92.602. Disisi lain matawang seperti pound sterling, Swiss franc dan euro masing-masing mencatat penyusutan berbanding US dolar.

US dolar telah menunjukan prestasi positif selepas perubahan besar dari the Fed pada bulan Jun. Pasaran pada ketika ini sedang menanti lebih banyak indikasi daripada the Fed mengenai kenaikan kadar inflasi.

Menurut penganalisis pasaran, pada mesyuarat FOMC kali ini, the Fed berkemungkinan tidak akan mengubah apa-apa polisi berikutan prisip the Fed yang melihat kenaikan inflasi baru-baru ini mungkin hanyalah sementara dan kekhuatiran bahawa kes Covid-19 yang semakin meningkat dapat menggagalkan pemulihan global.

Penurunan hasil bon A.S., didorong oleh kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi dan prospek ekonomi, juga memberikan bayangan terhadap pergerakan US dolar.

Setelah laporan inflasi Kanada yang menunjukkan penurunan, tumpuan pasaran beralih kepada mesyuarat FOMC nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat