Trader Wajib Tahu Apa Yang Berlaku Hari Ini

1,058

Pound sterling cuba mempertahankan kedudukan dengan berpegang kepada harapan pertemuan antara Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen akan menyelamatkan perjanjian perdagangan Brexit.

Permulaan sesi Asia menyaksikan matawang pound kembali meningkat setelah para pemimpin UK dan Kesatuan Eropah (EU) mengatakan rancangan mereka untuk bertemu di Brussels.

Matawang itu sebelum ini menjunam rendah ekoran kenyataan PM Johnson yang mahu menarik diri daripada rundingan Brexit sekiranya EU enggan mengalah dengan tuntutan yang dianggap keterlaluan.

Kebimbangan terhadap Brexit telah memberi manfaat buat US dolar untuk didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama ketika sesi Eropah pada Isnin. Namun, ketika pasaran memasuki sesi New York, dolar greenback kembali mengurangkan keuntungannya.

Berbanding matawang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback kekal didagangkan di sekitar paras terendah 2 setengah tahun pada 90.88.

Euro sedikit susut berikutan kebangkitan US dolar, namun kekal didagangkan di atas paras harga 1.21000 dengan tumpuan pasaran kini tertumpu kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB).

Matawang komoditi didagangkan menyusut tetapi masih mempertahankan pengukuhannya di paras ketinggian bulanan berbanding US dolar berikutan ketegangan terbaru dalam hubungan Amerika Syarikat dan China.

Secara keseluruhannya, sentimen pasaran masih disokong oleh harapan terhadap langkah rangsangan AS dan perkembangan vaksin Covid-19 walaupun menerima tekanan daripada prospek rundingan Brexit yang suram.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat