Trading Kripto Kini Lebih Mudah Menggunakan Akaun Bank Je!

5,134

Tidak lama lagi beberapa bank di Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan ciri jual beli dan simpan Bitcoin (BTC) hanya menggunakan akaun pengguna sahaja.

Usaha itu diketengahkan buat kali pertama oleh New Digital Investment Group (NYDIG) dengan kerjasama penyedia perisian Florida, Fidelity National Information Services (FIS).

Pengenalan ciri ini membuka era baharu bagi sektor kripto kerana komuniti kripto yang sedang berkembang di AS tidak perlu lagi mendaftar di platform pertukaran kripto seperti Binance, Kraken, dan Coinbase.

Lebih mudah kerana peminat kripto boleh trade dengan menggunakan akaun bank masing-masing.

Dijangka penawaran matawang kripto akan mula bersiaran pada beberapa bulan lagi.

Bagaimanapun, penyertaan bank besar seperti JPMorgan Chase & Co. dan Bank of America akan menyusul kemudian selepas bank-bank kecil mula menunjukkan keuntungan sokongan terhadap sektor kripto.

NYDIG memiliki misi yang lainnya. Misalnya, melancarkan ganjaran kad debit yang dibayar dalam bitcoin dan jenis akaun bank yang diinsuranskan FDIC (Federal Deposit Insurance Corporation) dengan bayaran faedah dalam bitcoin.

Bitcoin pada satu pagi tadi menunjukkan pergerakan positif dengan menembusi paras $57,000 namun kembali susut kepada $56,851 beberapa jam kemudian. Kini, raja kripto itu didagangkan pada $56,863 dengan peningkatan lebih 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat