Semakin menghampiri mesyuarat FOMC, pergerakan harga dalam pasaran mula bercelaru dengan US dolar bergerak agak bercampur dipengaruhi oleh faktor sentimen pasaran semasa.
Perkembangan positif di China dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan langkah rangsangan bagi pemulihan ekonomi turut menghadkan pengukuhan US dolar.
Sebelum ini, US dolar dilihat sedikit kukuh dengan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat terbaru minggu ini, namun sentimen risk-on pasaran kembali menghambarkan prestasi US dolar selain pasaran menilai laporan pendapatan syarikat-syarikat teknologi gergasi yang baik.
US dolar bergerak suram berbanding beberapa mata wang utama, namun dilihat masih memberi tekanan kepada Euro yang kian merosot dengan terbitan data tinjauan perniagaan di Jerman dengan angka terbaru yang menurun.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-tak-menentu-sebelum-fomc
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga kekal pamer corak penurunan sejak penghujung minggu lalu hingga semalam dengan paras terendah terbaru yang dicecah pada sesi New York sekitar 1.10200.
Penurunan lebih rendah harga boleh dijangkakan bakal menguji zon penting pada 1.10000 untuk pelabur menilai reaksi harga bagi petunjuk pergerakan seterusnya.
Tembus lebih rendah akan mendorong harga menuju sekitar 1.09000 sebelum paras sokongan 1.08000 pula akan menjadi tumpuan berikutnya.
Namun, menjelang mesyuarat FOMC, ketidaktentuan akan menambah risiko pada pergerakan harga yang tak terjangka.
Harga boleh berubah arah membuat lonjakan semula dengan melepasi halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend bullish.
Kenaikan harga boleh mencapai hingga ke paras tumpuan 1.12000 sebelum menguji paras ketinggian pada dagangan minggu lepas.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG