Trump Ancam Penunjuk Perasaan Dengan Hukuman Penjara!

309

Sekali lagi Amerika Syarikat berdepan dengan episod kekecohan yang berpunca daripada aktiviti demonstrasi. Situasi huru-hara berlaku apabila para penunjuk perasaan bertindak ganas dan cuba untuk memusnahkan tugu bekas presiden Amerika Syarikat, Andrew Jackson yang terletak di hadapan White House. Mereka didakwa telah menggunakan tali dan berusaha untuk meranapkan tugu tersebut.

Namun begitu, insiden tersebut berjaya dihalang oleh pihak polis.

Untuk pengetahuan semua, Andrew Jackson merupakan presiden ketujuh negara kuasa besar berkenaan. Ketika pentadbirannya, beliau telah menguatkuasakan ‘Indian Removal Act’ pada Mei 1830. Melalui akta tersebut, ribuan orang asli Amerika telah berjaya ditempatkan semula.

Akibat daripada kekecohan tersebut, Presiden Amerika Syarikat dikatakan berang dan telah mengemukakan ugutan melalui laman twitter beliau. Berdasarkan posting yang dimuatnaik, Trump mendedahkan bahawa para penunjuk perasaan yang terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang iaitu hukuman penjara hingga 10 tahun. Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa sebuah perintah eksekutif bakal ditandatangani bagi menguatkuasakan undang-undang berkenaan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat