Trump ‘Caras’ FDA?

246

Presiden Donald Trump hari ini mendedahkan bahawa Amerika Syarikat telah memberikan kelulusan kepada vaksin coronavirus kedua, meskipun pengawal selia yang bertanggungjawab belum memberikan keputusan formal.

Berdasarkan sebuah posting di laman twitter, beliau mengemukakan kenyataan bahawa vaksin Moderna telah diberi kelulusan dan pengedarannya akan segera dimulakan.

Hal tersebut didorong oleh cadangan panel pakar semalam untuk memberikan kelulusan penggunaan kecemasan untuk vaksin Moderna Covid-19 di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, Pentadbiran Makanan dan Dadah dijangka mengeluarkan keputusan rasmi dalam kadar segera.

Sementara itu, kelulusan tersebut bakal menjadikan vaksin Moderna sebagai vaksin kedua yang akan diluluskan di negara Barat setelah vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer-BioNTech.

Di samping itu, pengumuman Trump itu dikemukakan ketika Wakil Presiden AS, Mike Pence dan isterinya menerima suntikan vaksin Covid-19 secara langsung di televisyen, dalam paparan umum yang dirancang untuk meningkatkan kesedaran nasional terhadap tindakan tersebut.

Selain itu, pengumuman berkenaan turut diwar-warkan ketika jumlah angka kematian akibat Covid-19 telah menghampiri 310,000 korban di negara berkenaan. Tambahan daripada itu, minggu ini negara itu mula memberikan vaksin kepada pekerja penjagaan kesihatan dan penduduk dengan menggunakan vaksin Pfizer.

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua vaksin itu dilengkapi dengan teknologi mRNA canggih (messenger ribonucleic acid), dan perlu diambil sebanyak 2 dos suntikan.

Bukan itu sahaja! AS, yang mencatatkan lebih dari 17 juta kes jangkitan Covid-19 mungkin akan menjadi negara pertama yang meluluskan vaksin Moderna.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat